Nama penuh Panglima Nayan ialah Nayan bin
Derani ( 1890-1920 ) merupakan salah seorang Panglima yang gagah berani
memperjuang dan menuntut bela atas kezaliman yang di buat oleh penjajah British
ke atas rakyat jelata dan ke atas keluarga diraja Maharaja Melayu mutlak ini
dari darah keturunan DYMM Sultan Muzaffar Syah Maharaja Merong Maha Wangsa.
Panglima Nayan adalah seorang yang kacak,
berkulit merah, tinggi lampai, berambut panjang, sering memakai kopiah baldu
dan mempunyai seputung gigi yang bersalut emas di sebelah atas. Beliau ini di
geruni lawan dan di sayangi oleh kawan, juga merupakan orang yang
bermati-matian melawan penjajahan British dan pemerintahan Boneka Thai British
Sultan Abdul Hamid di bawah seliaan Mak Cik Manjalara dan kulinya bernama
Suwei.
Baginda seorang yang mahir bersilat dan
di katakan kebal orangnya. Rakyat jelata ketika itu yang kagum dengan
keberaniannya menentang " British Emperor ", menggelar beliau dengan
gelaran " Robin Hood " kerana sentiasa menyamun harta benda
pegawai-pegawai British dan kuncu-kuncunya yang korup dan memberi bantuan
kepada rakyat jelata semasa menghadapi masalah dan keperitan hidup di era
penjajahan British dan pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang penuh dengan
kezaliman itu.
Beliau mati syahid akhirnya di bunuh oleh
kafir penjajah pada awal Disember tahun 1920 di Jeneri, dalam perjalanan semasa
ke hilir sungai dengan rakit ke Jeniang akibat cedera parah di serang hendap
oleh polis kafir British. Tapi sifat keberanian yang di tinggalkan beliau selepas
kesyahidan beliau menentang kebatilan di zamannya kepada para pengikutnya itu
masih lagi di geruni oleh musuh-musuhnya.