Sunday, 11 May 2014

Hikayat Panglima Nayan 


Nama penuh Panglima Nayan ialah Nayan bin Derani ( 1890-1920 ) merupakan salah seorang Panglima yang gagah berani memperjuang dan menuntut bela atas kezaliman yang di buat oleh penjajah British ke atas rakyat jelata dan ke atas keluarga diraja Maharaja Melayu mutlak ini dari darah keturunan DYMM Sultan Muzaffar Syah Maharaja Merong Maha Wangsa.

Panglima Nayan adalah seorang yang kacak, berkulit merah, tinggi lampai, berambut panjang, sering memakai kopiah baldu dan mempunyai seputung gigi yang bersalut emas di sebelah atas. Beliau ini di geruni lawan dan di sayangi oleh kawan, juga merupakan orang yang bermati-matian melawan penjajahan British dan pemerintahan Boneka Thai British Sultan Abdul Hamid di bawah seliaan Mak Cik Manjalara dan kulinya bernama Suwei.

Baginda seorang yang mahir bersilat dan di katakan kebal orangnya. Rakyat jelata ketika itu yang kagum dengan keberaniannya menentang " British Emperor ", menggelar beliau dengan gelaran " Robin Hood " kerana sentiasa menyamun harta benda pegawai-pegawai British dan kuncu-kuncunya yang korup dan memberi bantuan kepada rakyat jelata semasa menghadapi masalah dan keperitan hidup di era penjajahan British dan pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang penuh dengan kezaliman itu.

Beliau mati syahid akhirnya di bunuh oleh kafir penjajah pada awal Disember tahun 1920 di Jeneri, dalam perjalanan semasa ke hilir sungai dengan rakit ke Jeniang akibat cedera parah di serang hendap oleh polis kafir British. Tapi sifat keberanian yang di tinggalkan beliau selepas kesyahidan beliau menentang kebatilan di zamannya kepada para pengikutnya itu masih lagi di geruni oleh musuh-musuhnya.